Wednesday 1 April 2015

MASALAH RUMAHTANGGU BERPUNCA DARIPADA SUAMI CEPAT TEWAS??



      “MALAM esok sajalah. Hari ini abang penat,” Kata-kata sebegini mungkin amat jarang dikeluarkan seorang lelaki pada usia masih mantap atau bawah 40 an jika bercerita mengenai hubungan kelamin kepada pasangannya.


      Dalam kehebatan lelaki menyuarakan ‘seks umpama makanan’, segelintir malah semakin ramai lelaki di luar sana sebenarnya hanya hebat berbicara mengenai seks sedangkan hakikatnya tidak mampu melunaskan tanggungjawab berkenaan terhadap isteri atau tiada kepuasan diperoleh oleh isteri.


      Alasan kali pertama diutarakan, mungkin isteri merasakan ia akibat keletihan, tetapi jika kerap diutarakan dan berterusan, ia mungkin petanda kesihatan masalah seksual.





       Kajian oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara, termasuk Malaysia menderita ketidakupayaan ereksi atau ED atau bahasa mudanya, mati pucuk.


    Malah, kajian membabitkan 3,957 responden itu mendapati 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita menyatakan tidak mendapat kepuasan yang sepenuhnya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.



     Penyelidik dan Perunding Kesihatan, Dr Siti Norazah Zulkifli, berkata ED bukan saja ditanggung suami sebaliknya isteri turut menerima tempiasnya. Apabila penyakit itu mengganggu psikologi suami, ia mungkin akan mengganggu emosi isteri apabila sang suami terganggu emosi dan kerap marah.






   “Keadaan ini menjadi kebimbangan jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal kerana ia mungkin meranapkan sebuah rumah tangga. Mungkin isteri memikirkan ketidakinginan itu berpunca daripada keletihan atau tekanan, hakikatnya ia petanda suami berhadapan dengan masalah kesihatan, lantaran kesihatan diri termasuk emosi dan gaya hidup, amat berkait dengan kesihatan seksual.




      “Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ED ini amat jarang diperkatakan. Selain kurang kesedaran mengenainya, rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan secara terbuka. Hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap,” katanya.




       Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Keadaan itu jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kesan bahaya pada diri lelaki.




        Ia berlaku akibat daripada gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.




        Diabetes antara masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin apabila kesan penyakit yang dihadapi itu akan menyebabkan mangsa mengalami penyakit ED, malah peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa.



      ”Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.





      ”Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki,” katanya dalam ceramah mengenai masalah seksual dan kesannya kepada pasangan.




      Segelintir beranggapan amat mengaibkan untuk memperkatakan masalah seksual secara terbuka kerana takut digelar ‘tidak sempurna’, tambah pula, ramai yang beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di atas katil.



      Pakar Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Low Wah Yun, berkata sokongan isteri amat penting bagi menangani masalah berkenaan. Namun, suami harus bersikap terbuka berkongsi masalahnya dengan isteri kerana kegagalan suami berfungsi turut memberi kesan kepada isteri dan kehidupan berumahtangga secara menyeluruh.



       “Ada juga suami yang bercerita dengan isteri mengenai masalah itu tetapi sensitif jika diminta menjalani rawatan ED. Dalam hal ini, isteri boleh mengubah topik perbincangan berhubung penyakit lain seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi sebelum masuk ke topik masalah seksual.



       “Isteri mungkin boleh terangkan kepada suami, penyakit diabetes boleh menjurus kepada mati pucuk jika tidak dirawat dengan segera. Jangan sekali-kali mempertikaikan kelemahan seksual suami kerana tidak ada lelaki yang gemar mendengarnya dan mungkin hasrat murni anda untuk membantu akan berakhir dengan pertengkaran kerana keegoan lelaki mengenainya,” katanya.



        Low berkata, keinginan seksual berkurangan sejajar peningkatan usia, tetapi usah biarkan ia mengganggu hubungan suami isteri kerana pada usia semakin senja, sentuhan mesra, bergandingan tangan ketika berjalan adalah kunci kebahagiaan yang sebenar.



          Tiada orang yang lebih layak menjaga kesihatan anda kecuali diri sendiri terutama apabila membabitkan kesihatan seksual. Mengalami masalah kesihatan seksual dalam sebarang bentuk boleh meranapkan ego seseorang lelaki sehingga membuat mereka berasa rendah diri dan tertekan.



SOLUSINYA!!!


DOUBLE COCONUT !







KINI ANDA TIDAK PERLU RISAU TENTANG MASALAH YG MELANDA ANDA.

KAMI MEMPUNYAI SOLUSI YG PALING MUJARAB!

PERBEZAAN BOLEH DIRASAI SEAWAL 2JAM  SELEPAS MENGAMALKANNYA.



16 Fungsi Utama Double Coconut:


1. Mengembalikan keupayaan untuk memberi nafkah

2. Mencegah Masalah Terkulai

3. Memberi tenaga dan stamina sepanjang hari.
4. Menggalakkan peredaran darah.

5. Mengaktifkan kadar metabolism.

6. Memperbaiki masalah keletihan dan tekanan.

7. Mengawal asid di dalam badan.

8. Merawat kencing manis (Diabetes) dan gout.

9. Membantu tekanan darah tinggi.

10. Membantu buasir dan sembelit.

11. Mengurangkan kolesterol darah.

12. Meningkatkan keupayaan buah pinggang.

13. Meningkatkan daya ingatan.

14. Meningkatkan imuniti badan.

15. Mengimbangi dan menggalakkan hormon tubuh manusia.

16. Meningkatkan pertumbuhan otot.


UNTUK INFO/ORDER

SMS/WHATSAPP <NAMA><LOKASI> KE 013-695 2808
SMS/WHATSAPP <NAMA><LOKASI> KE 013-695 2808
SMS/WHATSAPP <NAMA><LOKASI> KE 013-695 2808















No comments:

Post a Comment